tanya Isq!...

Monday, October 17, 2005

Q#2 Boleh ke bertepuk sebelah tangan?

Q:
Pepatah "tepuk sebelah tangan xkan berbunyi" = SALAH. Cikgu Kwek kata org China dah jumpai cara tepuk tgn sebelah! Leh cayer ke??

- XKnMlyHilangDDunia -


===========================================

A:
XKnMlyHilangDDunia,

Adoooiii, aku bukan nak bersifat perkauman tapi kalau ko tanya Cikgu Dorai lak mesti dia kata org India dah menjumpai cara mewangikan kentut!

Senang cerita macam ni la... kenapa frasa tu dijadikan pepatah Melayu? Sebab benda tu betul! Kalau dah lagi sebelah tangan lagi tak tepuk macamana nak keluar bunyi???

- isq -
Mon Oct 17, 11:37:14PM SGT

=============================================

"Apprentice" ku,

Sebenarnya saya rasa Cikgu Kwek mungkin bercakap tentang sesuatu yg lebih dalam. Topik yg sebenarnya dia perkatakan adalah sebuah "koan" Zen Buddha yg terkenal. "Koan" adalah teka-teki yg diberi oleh Zen masters kepada anak-murid sebagai panduan dalam mengikuti ajaran Buddha. "Koan" yg menjadi topik telah diajukan oleh seorang Zen master Jepun, Hakuin (1686-1769), yg berbunyi: "Bila bertepuk kedua2 belah tangan, satu bunyi akan kedengaran. Apakah bunyi sebelah tangan?" (Dalam persembangan, "koan" ni dikorapkan menjadi: "Apakah bunyi bertepuk sebelah tangan?")

Murid yg kurang sofistikated akan terdorong untuk menjawab teka-teki dgn jawapan: "Kalau 2 belah tangan = 1 bunyi; 1 belah tangan = setengah bunyi". Ini menunjukkan yg murid itu belum mencapai sifat Buddha. Setelah beberapa tahun bertapa, murid2 akan mempelajari apakah respon yg sepatutnya bagi "koan" tersebut. Caranya, mengadap guru yg menyoal, duduk dalam posisi Buddha yg sesuai, dan tanpa menjawab apa2 "hunuskan" tangan ke depan!

Saya dapati yg ada seorang makhluk di Bumi yg bernama Hau Hoo, yg mengetahui perihal "koan" dan menulis sebuah buku mengenainya yg bertajuk "281 Zen Koans With Answers". Topik ini disentuh dalam bab "The Sound of the One Hand".

Saya sedar yg jawapan (yg saya dakwa tepat ini) adalah agak kabur dan misteri, tapi itulah Zen Buddhisme. Dengan cara mentelaah bersungguh-sungguh misteri2 seumpamanya, barulah kita dapat mempelajari cara membebaskan minda kita dari suara2 kritikal pemikiran linear dan mengenggam intipati kekosongan. Lain2 cara efektif memerangi pemikiran linear adalah dgn mengambil pil2 tidur yg boleh mengkhayalkan atau menonton tayangan ulangan "Baywatch", 2 contoh terbaik bagaimana teknologi moden memperkayakan amalan agama kuno.

Bagaimanapun, sebagai guru kamu, saya ingin mendengar anak muridku menerangkan kenapa itu jawapannya.

- YodA -
Wed Oct 19, 08:54:22 AM SGT

===============================================

Yoda ku yg kepala berkedut bagaikan asamboi,

Tak sangka hamba yg tuan hamba begitu luas pengetahuan. Hamba sangkakan soalan tu hanyalah provokasi dari Cikgu Kwek Ah Beng, maaf dipinta kepada semua kaum2 TiongHua jika hamba berbunyi perkauman. Maksud hamba sebenarnya adalah, semua bangsa mendakwa bangsa mereka sebagai discoverer bagi pelbagai teknologi & tamadun.

Barat sentiasa mencanang yg kononnya merekalah penemu yg menemui pelbagai penemuan, padahal di zaman Barat diselubungi era kemerosotan pra-Renaissance, ilmuwan Islam berjaya mencapai pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang yg mengubah hidup manusia. Macam2 perkara yg diambil namanya dari bahasa Arabnya dan diterimapakai sbg nama Inggerisnya. Buka saja kamus B.I. dan mula dari acton sampailah ke zenith, beribu perkataan Arab yg diguna oleh MatSaleh, tanpa mereka sendiri sedari.

Itali yg sibuk dgn pasta dan spaghetti sbg makanan kebangsaan tradisi berzaman baru2 ni pun tergamam bila kat China dorang jumpa mi berumur lebih 4000 tahun!

Sama macam bolasepak yg kononnya permainan Inggeris yg dibawa ke merata dunia dizaman kegemilangan Empayar British, sebenarnya juga berasal dari China ribuan tahun yg lalu.

Jadi harap semua pihak memaafkan hamba. Berbalik ke topik kita...

Hamba percaya yang jawapan "koan" yg tuan hamba petik itu... "tanpa menjawab apa2 'hunuskan' tangan ke depan"... mungkin mempunyai dua maksud yg berbeza:

1) bunyi efek khas (macam dalam cerita KungFu) tangan yg dihunus murid tu... itulah bunyinya; atau yg lebih hamba yakin
2) bila tangan murid terdepa di depannya, tangan guru Zen akan menampar/menepuk tangan itu.

Jawapan #2 lebih tepat kerana ia juga berkait dengan pepatah Melayu berkenaan, yg membawa kita kepada jawapan yg SEBENAR...

..."BERTEPUK SEBELAH TANGAN TAK AKAN ADA BUNYI"


Kesimpulan: Melayu jugak yg betul!

- isq -
Wed Oct 19, 11:12:17 PM SGT

===============================================

Hi racist,

u ni betul2 bersifat perkauman! ...tapi tak apa, mujur Melayu takkan hilang di dunia!

so, memandangkan u sedap kutuk Barat, i sbg seorang semi-Barat cuma ada 1 yg i nak cakap. sewaktu i pulang ke US, i rasa pasti yg jawapan sebenar bagi soalan topik ini ada di sana.

tanyalah mana2 gangsta homies, tak kira Chicanos atau Whiteys, malahan antara Blacks sendiri...

...bunyi tangan bertepuk sebelah adalah bunyi muka seseorang ditampar. Nak dengar?

- KoBoi -
Thu Oct 20, 01:07:18 AM SGT

============================================

Hy budak lembu a.k.a lembudak,

Sekali lagi aku terpegun bagaimana org Barat menerapkan nilai2 murni dari Timur ke dalam kehidupan harian mereka. TengQ KoBoi, atas usaha2 anda menyelesaikan masalah sebegini penting.

- isq -
Thu Oct 20, 01:11:24 AM SGT

==============================================

Hi again Prof yg blur&blank dalam bidang Zen Buddha & koan,

i malas nak tunjuk bijak sebab tak tunjuk pun org dah tau yg i'm just 13 IQ points short of being termed as Genius. i'm not bragging, u sendiri yg heboh kepada dunia.

bagaimanapun ada sebab kenapa i malas nak komen tentang Zen & koan tu semua. why?

sebab i ada teringat 1 koan yg menarik. Yg ini telah diajukan oleh seorang lagi Japanese Zen master, Joshu (778-897), yg berbunyi: "Adakah anjing memiliki sifat Buddha?" ...Jawapan yg tepat adalah "Mu", yg mana dalam bahasa Zen Buddhist bererti "soalan tu terlalu bangang untuk i buang masa menjawab."

;)

- KoBoi -
Thu Oct 20, 01:19:51 AM SGT

0 Comments:

Post a Comment

<< Home