tanya Isq!...

Tuesday, October 18, 2005

Q#3 Berapa kalori dalam air mani?

Q:
helo isq,
sori kalo soalan ni buat kepala awk berdenyut..tp sy ni tgh diet.jd sy kena tau jawapan soalan sy ni secepat mungkin: ada berapa kalori dalam sperma seorang lelaki?

- minahLolo -

============================================

A:
Hy minahLolo,
Hmmm... dahagakan pengetahuan... hauskan ilmu... takde apa yg boleh menghalang ko dari tanya soalan macam ni, kan kan kan?

OKla... kita anggap macam ni je lah.
Kita mula dgn menganggap yg pancutan seorang lelaki memiliki komposisi nutritional yg lebih kurang sama dengan telur putih mentah (anggapan yg selamat? :p). Sebutir telur ayam yg normal mengandungi lebih kurang 35cc telur putih yg mengandungi lebih kurang 14kalori dan 3gram protein. Pancutan mani yg normal adalah sebanyak lebih kurang 5cc, atau 1per7 jumlah telur putih. Berdasarkan formula ni, boleh la kita dgn selamatnya menganggap yg kandungan nutrientnya juga 1/7, yakni 2kalori dan 429 miligram protein.

Tapi ko kenalah adjust angka tu kalo ko tgh cakap pasal yg saiz XXXL (maksud aku, telur!).

Selamat berdiet.

- isq -
Tue Oct 18, 11:28:47PM SGT

============================================

First of all, let me comment upon the total contrivance of the question in order to be, shall we say, sensationalist.. "minahLolo" indeed! I can just see some pervert or fellatio hater exclaiming, "What?? this MINAH wants to know how many calories there are in semen, and that means, SHE SUCKS!"

Anyway, I distinctly remember seeing this same question answered in the Playboy Advisor, although quite a bit less pretentiously, with the P.A. saying that semen was loaded with calories. However, even if by some chance I remember wrong, and you are correct, what right do you have to assume that semen is nutritionally equivalent to egg white and derive your answer from that? Is it because semen looks like egg white (after all, we all know it certainly doesn't taste like egg white). Or is it because the real function of an egg is reproductive, and since semen has the same function it follows that they must have the same nutritional composition?

Please, if you feel you have to deal with this kind of thing, go about it in a more competent manner.

- swallow_king -
Wed Oct 19, 09:47:46 AM SGT

=============================================

Dear swallow_king,

At first i thought i wanted to reply in English, but since you can understand BM perfectly well, i think i'll just maintain my patriotism and nationalistic pride.

Mula2 nama ko... "swallow_king". Kalo King Swallow, maksud raja burung layang2... tapi swallow pada nama ko, aku yakin ada berkaitan dengan tindakan anak lidah & anak tekak ko. Takpe, hak asasi manusia.

Ok... sekarang baru aku nak menjawab.

Berlainan dari selalunya, kali ni aku taknak menjawab mengikut turutan ko soal aku. Tapi sebaliknya, aku nak ,mula dari yg paling atas, yg paling menyakitkan hati aku.

Ko tuduh aku:
(1) menulis soalan sendiri dlm usaha menyensasikan blog baru aku ni, dan
(2) gagal menjawab dengan betul.
Dalam ertikata lain, aku reka soalan yg aku sendiri taktau nak jawab! Bijaknya aku!

Dan lepas aku dah reka soalan sendiri, aku tonjolkan lagi kedengkelan aku dgn mengguna nama sensasi seperti "minahLolo". Tak ke lagi elok kalau aku reka nama yg berbunyi ori spt Isqandar Shah? Apa la bodoh sangat aku ni kan?

Hakikatnya aku tak tulis soalan sendiri, tapi malangnya aku takada cara nak buktikannya. Jadi, terpulanglah ko nak percaya ke tak. Pakcik tak rugi.

Bila ko persoalkan apa hak aku utk menganggap yg air mani dan telur putih mempunyai kadar nutrisi yg seakan sama, jawabnya wahai RajaTelan yg ku kagumi, adalah... aku ada hak sama macam sesiapa saja kat muka Bumi ni. Mungkin ProfYoda kita tu tak ada hak, tapi aku sebagai makhluk planet ni memang berhak. Kenapa? Sebab aku YAKIN yang air mani dan telur putih MEMILIKI NILAI NUTRISI YG LEBIH KURANG SAMA. Setidak2nya pun dalam konteks soalan yg diajukan.

Walaupun benar bahawa elemen2 nutrisi dalam air mani dan putih telur (protein, karbohidrat, dll) tidaklah pada kadar setepat yg aku cadangkan (yakni 7:1), namun hakikatnya adalah kedua2 unsur ini bersifat 90% air, dan dlm kedua2 elemen in baki 10% mengandungi nutrien2 yg bertenaga/berkalori tinggi. Pengiraan teliti akan membuktikan yg kedua2 unsur mempunyai kandungan kalori yg agak sama, di mana kandungan dlm telur putih hanya sedikit saja lebih tinggi dari air mani.

Memang ya, jawapan aku tak setepat mana. Tapi permasalahan ni amat subjektif. Kandungan unsur2 berkhasiat dalam air mani berbeza setinggi 100% di antara satu sampel dan sampel yg lain; jumlah fruktos (salah 1 gula utama yg boleh juga ditemui di dalam madu lebah), dalam air mani boleh berbeza sehingga 400%! Dan semestinya yg paling ketara, amaun pancutan itu sendiri berbeza, pancutan normal di antara 3 ke 5 cc, bergantung pada berbagai faktor lain spt: main dgn pelacur ke, aweq ke, bini muda ke, bini anak 8 lapan ke... dahtu pulak, tenguk la jugak dah berapa round, baru lepas hisap rokok/ganja ke, baru lepas minum TongkatAli/Vodka ke... the point is, mustahil kita nak dapat findings yg benar2 tepat!

Tapi tak usah la kita nak kecoh hal air mani ni, sebab jumlahnya sikit sangat! Memanglah betul yg air mani "loaded with calories", spt yg ko dakwa Playboy Advisor tulis. The point is kalau setakat 5cc apa2 sekalipun, benda tu takkan menggemukkan, lebih2 lagi bila 90% dari benda tu hanyalah AIR! Contohnya kalau ko telan 5cc gula asli sekalipun, tu cuma mengandungi 18kalori! Takada benda yg perlu dibimbangkan.

Akhir kata, nampaknya dah terserlahlah sekarang siapa yang sebenarnya bersalah membuat anggapan yg tak berasas. Ko anggap aku dgn syok sendiri buat soalan sendiri dan aku taktau amender yg aku bebelkan. Ko mungkin King, tapi tu tak bermakna ko boleh perkecilkan yg bertaraf Prince atau Princess.

- isq -
Thu Oct 20, 05:36:45 AM SGT



0 Comments:

Post a Comment

<< Home