tanya Isq!...

Thursday, October 20, 2005

Q#4 Pusaran air berdasarkan Hemisfera?

Q:
hy isq,
ko tau kan aku suka mandi tub. tapi betulke kalo aku mandi kat BAWAH khatulistiwa, bila aku tarik plag kolah tu, airnya akan berpusar arah yg berlawanan dgn masa aku drain air tub kat PJ ni. ye ke? kalau ye, kenapa? pusaran lebih kuat kat kutub ke? kat k'tiwa, mcm S'pore efeknya kurang? kalau aku tolak tub ke hemisfera selatan pusingan bertukar arah ke? bistu kalo kat Space lak camner?? sori la bnyk soal, tapi aku hauskan ilmu gak, mcm minahLolo :p

- QTiman -

=============================================

A:
hy QTiman,

Aku faham yg sekarang ni bulan Ramadhan, sebab tu la ramai yg dahaga... takpe... satni berbuka ko teguk la air tub tu...OK la... aku tau ko malu sebab tanya macam2 soalan yg budak tadika pun tau jawapannya... tapi takpe... sebab aku kenal ko, aku takkan bagi malu ko. :p

Aku faham benda yg ko maksudkan tu. Teori katun yg ko sebutkan tu memang ujud, dan teori tu menyatakan yg air tub/sinki yg turun mengalir ke paip air akan berpusar ikut arahjam jika berlaku di Hemisfera Selatan, dan bagi kita di utara Garisan Khatulistiwa, air akan berpusar lawan arahjam. Teori ini berpunca dari kesan semulajadi alam yg dinamakan "Efek Coriolis", yg berlaku sebagai kesan putaran Bumi ke atas benda2 yg bergerak.

Yup, memang ujud bendaAllah Coriolis effect ni. Kesan ini sebenarnya yg menyebabkan taufan kat selatan Khatulistiwa berputar ikut arahjam, dan yg di Hemisfera Utara lawan arahjam. Tapi... bila ko nak cerita pasal fenomena2 yg cuma penting kalau ko tu seekor semut yg tengah berpaut kat birai sinki... efek Coriolis tu tak signifikan dan relevan. Tapi kalau ko masih nak pertikaikan kenapa aku memperlekehkan isu ni, terpaksalah aku tekankan yg bila air berpusar kat dalam tub kita tu, efek Coriolis tu mungkin sekadar 3/10,000,000 kuasa graviti, atau... .0000003G saja!

So? Berdasarkan efek Coriolis, betul ke teori tu? Hakikatnya air mengalir/berpusar ikut suka hati makbapak dia je... tak kiralah kat Rejkjavik, Iceland ke... kat Auckland, New Zealand ke.... kat Pontianak, Indonesia (atas G.K'tiwa)... apa yg akan mempengaruhi pusaran air adalah: bentuk tub/sinki, bentuk&saiz paip, cara air dituang, air sabun ke atau air mani... dan 1001 lagi faktor.

Findings ni dah ditemui pada tahun 1962 oleh seorang mamat yg suka main air... Ascher Shapiro, penyelidik kat Massachusetts Institute of Technology. Shapiro tuangkan air ke dalam tangki berbentuk bulat (ukuran rentas 6 kaki, tinggi 6 inci), dgn cara supaya air tu berpusar IKUT arahjam. Ingat, efek Coriolis di Hemisfera Utara bertindak LAWAN arahjam.

Lepas tu Shapiro tutup tangki dgn lapisan plastik, pastikan suhu konstan, pastu pergi mengurat pembantu makmal atau apasajelah yg saintis buat sementara tunggu hasil eksperimen dorang. Bila dia cabut plag tangki tu lepas sejam dua, air tu berpusar turun IKUT arahjam, dianggap sebagai saki-baki kesan dari tindakan menuang air IKUT arahjam.

Pun begitu, kalau Shapiro tarik plag tu selepas 24jam dituang, air turun berpusar LAWAN arah jam, membuktikan yg kesan dari pergerakan penuangan dah lama lenyap, air dah stabil & tenang, dan efek Coriolis sebaliknya yg mempengaruhi pusaran.

Tapi yg paling spektakular, bila plag ditarik selepas 4-5jam, air tu berpusar IKUT jam (kesan tuangan), kemudian pusaran jadi perlahan, dan akhirnya BERTUKAR ARAH PUSARAN ke LAWAN arahjam (kesan Coriolis)!

Walau bagaimanapun, walaupun aku tau ko tu pemalas, aku rasa ko takkan biarkan air mandian ko bertakung kat dalam tub sampai 24jam, kalau 4-5jam tu mungkinla jugak, tapi tupun aku rasa efek Coriolis tak akan membawa apa2 kesan dalam hidup ko.

Tapi... mitos pusaran tubmandi ni akan terus berkekalan turun temurun dari generasi ke generasi, terutama di kalangan anak-cucu-cicit ko. Maklumlah, Shapiro buat ujikaji tahun 1962, bahan rujukan aku dicetak tahun 1983, tapi sekarang lagi 20+ tahun kemudiannya, isu ni masih berputar (ikut arahjam or lawanjam?) kat minda manusia.

Aku harap ko turunkan sekali URL blog ni kat anak-cucu-cicit ko nanti ye Man?



0 Comments:

Post a Comment

<< Home