tanya Isq!...

Sunday, October 23, 2005

Q#7 Apa jadi kalau minum airlaut?

Q:
apa jadi kalau minum airlaut? kembung? muntah? lagi haus?

- dugong -

=============================================

A:
Bagi seekor dugong sepatutnya tak ada masalah. Tapi kalau ko seekor manusia yg berupa dugong, mungkin perkara ni cuma akan menjadi isu kritikal kat diri ko kalau ko terapung kat tengah laut tanpa bekalan minuman.

OK, manusia perlukan air untuk hidup, dan kita juga perlukan garam untuk hidup, bukan sekadar nak bagi sedap makanan. So apa isu nya? Apa masalahnya sampaikan kelasi tak boleh ceduk air je buat minum?

Jawapannya: kita cuma perlu sikit je garam untuk hidup. In fact kalau ko makan garam banyak2, ko akan jadi sama macam orang China zaman dulu yg bunuh diri dgn makan 1paun (450g) garam!

Mengikut Institut Garam (bukan aku reka! betul2 ujud. sebuah NPA [non-profit association] - persatuan bukan untuk mengaut untung - yg ditubuhkan thn 1914, berahlikan pengeluar2 garam), kadar pengambilan sehari untuk badan kita adalah lebih kurang 500mg, suku sudu kecil. Bagaimanapun kadar optima bergantung pada gayahidup, genetik dan lokasi geografik seseorang itu. Secara asasnya, faktor2 yg mempengaruhi betapa kerap & jumlah seseorang berpeluh. Tu tak ambil kira berapa banyak kicap dia titiskan atas kari dia, berapa ekor ikan masin dia ratah, berapa kerat telur asin dia ngap...

Aku tak tau berapa banyak org Msia makan sehari, sebab kita tak ada data yg komprehensif. Tapi data utk US (2003), dorang telan TUJUH kali ganda dari kadar selamat yg disyorkan Institut Garam! Sebenarnya ni memang tak memeranjatkan sebab org Amerika terkenal dgn keinginan untuk melebihi org lain, disamping sikap dorang yg memang suka buat aktiviti2 bunuh diri...

Apa komen Prof KoBoi agaknya ye?...

1 Comments:

Post a Comment

<< Home