tanya Isq!...

Saturday, October 15, 2005

tanya Isq!...

..tu la yg klasmate aku suarakan kalo cikgu tanya so'lan pengetahuan am. sbbnya aku ni kat skool kira genius ar gak, tapi malas & kuat ponteng. so x eranla kalo leh kata sumer cikgu sayang aku giler2! aku rimas gak, ye la, maleh nnt member lain jeles sbb dowang x de chan nk jwb!
...tp probnya, jawapan yg aku bantai tembak, manjang asek btol! tula masalah jadi ahli fiqir mcm aku ni! last2 member2 aku swoh aku tulis blog utk jwb so'lan2 cipan diorang.
pastu ada lak kata elokgak kalo aku layan so'lan dari pembaca sedunia.

ok!

maka ujudla blog ni...

jadi kalo kowang ada so'lan2 yg wat kowang x leh tdo,
x leh toceng,
x leh stadi,
x leh konsentret nak pojek...
haaa...
skrg kowang dah tau ar katner nak dapat jawapannya, kan kan kan?

leh tanya apa je! kecuali yg aku x layan...

1) hal2 agama

2) benda2 jijik/lucah xtrim

selain dari 2 topik tu... aku akan cuba perah otak utk jwb sedaya upaya. so kalo2 bosan tahap Gaban Level 99, or buntu tahap Cipan Level Lower Basement, skrg ko dah leh dapatkan khidmat nasihat pakar. silakan...
jgn malu jgn segan.

Caranya? ... dah xplain, tp nak bgtau gak lg skali:

1) tulis so'lan kat "Petak So'lan" (shoutbox/bulletin-board/tag-board/messageboard);

2)aku akan post jawapan sbg artikel kat blog ni;

3)kowang leh komen/jawab/kritik/perbetulkan jawapan aku dgn cara klik kat "Komen-ngomen" yg kat bawah setiap post/artikel & tulih la apa yg patut;

4)bila isu tertentu dah setel (or dah basi), aku kan post SEMULA KESEMUA berkaitan isu tu. dr so'lan, jawapan, komen & apa2je, slagi relevan.


--------------------------------------------------------------------


OBJEKTIF?

gelak, gelak jugak... tapi jawapan aku... aku bg berdasarkan pengetahuan, kajian, rujukan, & pengalaman idop. kalo aku x tau, aku akan kata x tau... tapi rasanya xde benda lagi yg aku x reti nak jawab. abih2 pon, aku akan cuba pastikan yg kowang pembaca akan dapat sesuatu bila kowang bukak blog ni.


================================================


KENAPA VERY D KALERFUL?

sebab nak senang bezakan...


Q: Soalan yg diterima
A: Jawapan aku
Komen dari pembaca


-------------------------------------------------------------------------


PANEL PAKAR

utk buktikan yg aku siryes menjawab, aku gak dapatkan khidmat 2org fakar dlm bidang2 ilmu pengetahuan am. aku gak bg kod warna tertentu utk dowang ni...


~Yoda ~
Menetas pada hari yang sama dgn Rafael Benitez, "a very long, long time ago" di "a far, far away galaxy" tapi dah sesat hampir 4dekad kat PJ, S'ngor... (dipercayai sebab keliru dgn aturan Seksyen2 kawasan tu!). Di samping mengajar bakal2 "Jedi Knights", "The Master" ini juga melatih beberapa puluh "Apprentices" bermain bolasepak. Memandangkan birthday nya sama dgn pengurus-jurulatih LiverpoolFC, tak heranlah kalo Yoda juga mempunyai blog fanatik LFC. Selain dari menyumbang tenaga batin utk menumpaskan Jedis yg dah berpaling ke "the dark side", di waktu lapangnya Yoda juga seorang penggemar bonsai. Di waktu damai sebegitulah, Yoda mengulangkaji di dalam kepala hijaunya tu segala ilmu pengetahuan yang telah diperolehi sejak beberapa millenium yg lalu. Dgn karier sebenarnya sebagai seorang penulis professional, Yoda terpaxa amek tau pasal segala benda utk cari nafkah sesuap nasik & sebalut rokok, walopon dlm bidang2 yg membosankan & menyampah utk amek tau! Meskipon watak Yoda dimatikan dalam siri StarWars versi GeorgeLucas, aku cuma nak ingatkan supaya jangan terpedaya dgn propaganda Hollywood...


~ KoBoi ~
Genius berI.Q. 127 ...tapi sebab bijak sgt kadang2 HardDisk dia terus "jammed"! KoBoi ni kacukan Ayah Melayu + Ma American; tapi dirinya leh dikategori sbg American murtad. Lahir kat Boston, Massachusettes, USA... kampung halaman kat Boise, Idaho. Umor kurang pasti, tapi dipercayai baru cecah 183 bulan. Walopon KoBoi ni masih dok menuntut ilmu & blajar erti-idop, tapi bila membebel ngalahkan Prof Ungku Aziz + Khoo Kay Kim! Tak heranlah kalo koboi memasang cita2 utk improve I.Q.nya sekurang2nya 1point setiap tahun, dan mensasarkan I.Q. Einstein sebelum masuk umo 21thn! Koboi juga sorang penulis blog yg setakat ni baru update blog sekali! Maklumlah, dgn karier sepenuh-masa sbg budak-lembu, mana ada masa sgt nak tulis blog. Kalo ada free-time, KoBoi lebih suka research pasal apa2saje yg ada kat internet. KoBoi leh bgtau skrg tengah tremor/gempabumi kat mana, & dia gak leh bagitau resepi Black Pepper Sauce yg paling oomph! Secara amnya dia sorg peminat teori konspirasi yg juga anti-Yahudi & Bush; secara khususnya kefakaran KoBoi adalah dalam topik Illuminati & The New World Order. Setiap tahun dia mengabiskan 10bulan kat M'sia, & dia mati2an anti-US... tapi antara 22Dis~12Feb dia terpaxer balik kampung & mula la tumbuh balik tanduk & ekornya! Budak-lembu la katakan...


_____________________________________________________


DISCLAIMER!

walopon akunyer jawapan ni betol bagi aku, x smestinya betul bagi kowang nyer cikgu or lecturer fizik/kimia/biologi/sains/geografi/sejarah/KH/dll. so kalo kowang nak guna & terimapakai jawapan aku masa jwb UPSR/PMR/SPM/STP/maupon kat U or Matrix; aku AMAT2 bangga, berbesar hati & tesentuh... apatah lagi biler kowang skor sebab guna jawapan aku, semestinyalah aku tumpang happy & berbangga ada anakmurid macam kowang. tapi andaikata ko lingkup toxahla salahkan aku.


aku hanyalah seorang ilmuwan cerdik bijak pandai.