tanya Isq!...

Sunday, October 16, 2005

Q#1 Kenapa Burung Tersengguk?

Q:
isq,
aku nak tanya soalan pertama blog ni!!!
:bowling: yeeeehhh...
aku pelik tgk burung aku. knp bila berjalan kepala terangguk2? sbb kepala bersambung ke kaki ke?

- kakiburung -
ps: burung aku tekukur. :D


---------------------------------------------------

ye ke? ingat burung aku je camtu :wacko:
- e-jump -

====================================

A:
kakiburung,
Aku jawab soalan ke-2 dulu. Kepala burung ko bersambung ke kaki?? Isxxx pelik la sesangat! Sepertimana yg kita semua tau, haiwan yg kepala sambung ke kaki cumalah... errr... emmm... takde kut! Kalau ulat mungkin la jugak... tapi tu pun kaki tak bersambung ke kepala. Kalo ko anggap bakteria/amoeba sebagai haiwan, ok ko betul. Kalau tak, rasa2 aku langsung takada kut lain2 kepala yg ada direct connection dgn kaki. Se-pelik2 serangga pun, tak ada yg pelik mcm tu! Tapi kalo ko tanya haiwan apa yg kaki kat kepala, tu aku tau! Kutu rambut! Tapi tu pun kaki dia kat kepala manusia, bukan kat kepala dia sendiri!

Ok balik ke soalan ko... semestinya sepertimana budak2 tadika pun sedia maklum, kaki tekukur ko tak bersambung ke kepalanya. Kakinya bersambung ke badan. Mujurlah jugak, kalau tak , tentu lawak gila rupa burung ko tu!

Sebenarnya pergerakan ke depan & ke belakang sang burung -- bukan angguk, tapi tersengguk -- secara semulajadi menolong burung tu supaya seimbang bila berjalan. Cuba ko perati kaki burung tekukur... kan kaki tu terletak agak ke belakang sikit, & tidak di tengah2 titik graviti badannya secara keseluruhan. Oleh sebab tu, sewaktu berjalan kepala burung tekukur tak bolehlah sentiasa ke depan; sebab akibatnya burung tu akan tersungkur & tentu akan jadi bahan ketawa masyarakat setempat!

Sebaliknya, melalui evolusi ribuan tahun, moyang burung ko dah pun melalui situasi yg mengaibkan tu & demi menjaga maruah burung tekukur, si-moyang telah mengajar waris2 cucu-cicit-ciutnya cara terbaik utk berjalan. Hasilnya, apa yg kita lihat sekarang. Bila dia berjalan, secara semulajadi dadanya akan ke depan serentak dengan kaki yg melangkah, dan kepalanya pulak ke depan bila kaki yg lagi satu menapak. Disebabkan berat badan yg agak terlebih ke ekor, tonggeknya agak di"neutralize" oleh gaya jalannya yg macho.

Selain dari tekukur, banyak lain2 jenis burung juga yg dah terikut cara jalan ni, & gaya tersengguk kini boleh dianggap popular di kalangan ayam belanda, ayam, angsa, & lain2 burung yg malas nak terbang.

Kesimpulan: toxah ar riso tgk burung ko tersengguk.

- isq -
Sun Oct 16, 10:06:20 PM SGT
===========================================

Yo Isq

No wonder u perlukan i untuk tolong u jawab! u ni badut jemputan bagi grup Senario ke? Dari mana u korek itu story about kepala pigeons tersengguk untuk mereka maintain balance??? Luckily, u letak disclaimer jangan guna ur jawapan dalam exams! u cud've failed a lot of brilliant young minds!

Now, about burung u tu...
Mana2pun text dalam bidang ornithology (sbg contoh: kajian oleh Pettingill) akan memberitahu u yg tekukur, seperti kebanyakan burung, ada mata di sisi kepala mereka, penglihatan mereka secara asasnya monocular, dan mereka perlu sengukkan kepala untuk depth perception. Kalau u belajar fizik u akan tau yg tanpa depth perception, kita tidak boleh mengagak jarak bagi membolehkan kita mengambil objek dengan tangan atau melangkah sesuatu halangan.

Sebab itulah juga kalau u perhatikan lain2 burung selain dari burung u, u akan dapati yg burung2 yg ada mata dihadapan, spt burung hantu, memiliki binocular vision, dan sebab itulah mereka, sama seperti manusia, tidak perlu tersengguk bila berjalan!

Hah! Prof! Yeah... right!
- KoBoi -
Wed Oct 19, 04:01:20 AM SGT

=============================================

Wey lembudak

Dengar sini baik2, ye mala'un? Kalau ko nak tau, sejak aku kenit lagi aku dah selalu main burung tau tak?? Tak kira burung apa, janji burung tu jinak dan x terbang, gerenti aku main2. Aku usap, aku belai... dari ayam kampung, ayam denak, burung tiong, merpati, dan yg paling aku takleh lupa saat2 intim aku dgn burung tekukur ayah aku. Jadi dgn megah dan bangganya aku nak umumkan yg aku memang kenal rapat dgn burung ayah aku tu! Apa saja yg perlu diketahui dan dipelajari pasal burung ayah aku, semuanya aku tau. Mana tak nya... sebab balik2 akuuuuuuuuu gak yg kena bagi makan the damn pigeons kat his damn rumah burung sejak aku umur 4tahun kut! Jadi sekarang aku nak ko bgtau aku terus-terang siapa yg ko nak percaya, some stupid ornithologist (pakar burung) yg terkenal seluruh dunia atau aku, veteran pigeon feeder.

OKla... aku ngaku la MUNGKIN ada betul la jugak sikit apa yg mamat Pettingill tu kecoh pasal menatang "depth perception" tu, tapi selagi nyawa dikandung badan aku YAKIN, faktor PENGIMBANGAN BADAN memainkan peranan yg (kalau tak lebih pun, sekurang2nya) SAMA BANYAK dalam hal jalan tersengguk ni.

Memang diketahui ramai yg tekukur, sama seperti lain2 burung yg bermata dua, mempunyai field of vision yg luas. Mereka boleh lihat 340 darjah sekeliling mereka tanpa perlu gerakkan kepala! Ini disebabkan oleh sifat dan bentuk uniq bijimata mereka, serta kedudukan dan cara mata2 mereka terletak dalam tengkorak mereka.
Bidang penglihatan setiap mata pulak adalah cukup meluas sampaikan bila tekukur kita ni tenguk depan, kedua2 visual fields tu bertindan memberikan tekukur ni binocular field seluas 24 darjah. Jadi kalau tekukur tu sedang berjalan tegak ke depan ke arah selonggok beras yg aku tabur, tekukur tu MEMANG TAK PERLU jalan tersengguk2 untuk maintain depth perception.

TAPI... sepertimana SEMUA makhluk berkaki dua, kebolehan nak maintain balance amat2lah susah. Tambahan pulak sebab tangan yg sepatutnya tolong imbangkan badan masa berjalan dah asek terlipat sebab ditugaskan untuk menjadi kepak, maka kita tak bolehlah menolak bulat2 yg teori pergerakan kepala tersengguk membantu tekukur mengimbang badan.

Hah! Puas hati? Ingat I.Q. tinggi je ke boleh jadi Prof?
- isq -
Wed Oct 19, 04:50:55 AM SGT

===========================================

"Apprentice" ku,

Perlukan komen, spekulasi berbelit kamu berdua mengenai pergerakan kepala burung tekukur itu. Silap besar kedua2 kamu dan penyokong kuat pakar burung. Untuk mengekalkan ketepatan monokular, adalah sebab sebenar kepala tekukur tersengguk. Bagaimana ia berfungsi, saya akan terangkan. Supaya semua faham, malangnya saya takboleh menulis sepertimana spesis saya bertutur. Demi kemajuan spesis manusia, saya rela berkorban.

Bagi haiwan yang mempunyai mata di sisi, pergerakan ke depan mengakibatkan anjakan parallax (objek dekat yg kelihatan bergerak kearah kita relatif kepada objek yg lebih jauh). Tapi retina dan mata vertebrate berfungsi lebih baik dgn imej yg tidak bergerak. Oleh sebab itu, apa yg berlaku sebenarnya adalah, badan burung bergerak dahulu, meninggalkan kepalanya sementara waktu di belakang kerana matanya masih tertumpu pada objek di hadapannya sambil ia menstabilkan imej objek tersebut. Kepalanya kemudian disentap ke depan untuk memulakan langkah seterusnya.

Berbeza pula dgn burung hantu dan manusia (yg mempunyai mata yg mengadap hadapan) yg tidak mengalami masalah parallax ketika berjalan. Haiwan2 yg berkepala berat tapi mata terletak di sisi (contoh haiwan diBumi: babi, lembu) sebenarnya juga mengalami masalah parallax ini, tapi semestinya mereka mendapati yg bentuk fizikal kepala leher dan badan mereka membuatkan pergerakan tersengguk ala burung agak mustahil dan tidak praktikal. Mereka boleh angguk, tapi tak boleh sengguk. Mujurlah haiwan2 ini semangnya secara hakikat adalah bodoh dan malas, maka samada mereka enjoy anjakan parallax ni, ataupun terlalu bodoh untuk keliru dengan masalah ni!

Saya harap topik ini selesai dan tidak lagi menjadi isu kerana saya yakin ProfIsq dan ProfKoboi adalah jenis spesis yg mempunyai mata di hadapan dan bukan di sisi.

- YodA-
Wed Oct 19, 06:37:09 AM SGT

============================================

Yoda ku yg rambut sejarang bulu jagung,

Aku amat menyanjung pengorbanan ko demi kemajuan manusia sejagat, dan berterimakasih sebab ko cakap style Yoda ori (walaupun dlm BM!) cuma dalam perenggan pertama. Kalau tak, mampos la orang nak faham teori ko.

Memandangkan yg kini kita dah ada 3 teori yg berbeza mengenai persoalan kenapa tekukur tersengguk, adalah amat jelas yg jawapan yg paling tepat dan betul bg persoalan ini akan terus menghantui minda2 para ilmuwan abad ini. Kecuali kalau ada mana2 tekukur yg baca blog ni yg dapat menyumbang kepada diskusi ni, kita akan tinggalkan isu ini diselesaikan oleh generasi yg akan datang.

- isq -
Thu Oct 20, 05:27:39 AM SGT

==========================================

Nasib baik tingkap bilik tuan aku terbuka... boleh aku patuk kat keyboard ni.

Pasal the great mystery kenapa kepala kami spesis tekukur tersengguk masa berjalan?

Seolah-olah kitaburung ada earphone kat bawah bulu kitaburung, dan kitaburung sedang mendengar lagu dari Discman/MP3/N-Gage, kan? Jawapannya mudah saja, kitaburung jalan tersengguk sebab...


kitaburung memang spesis yg kool & slamber rock!

yeh bebeyh!


- tekuko1sejoli -

Thu Oct 20, 04:53:10 PM SGT